TERIMA KASIH CIKGU
Kehidupan sebagai seorang pelajar dan seorang anak baginya sudah tidak bermakna lagi.Begitulah peritnya asam garam kehidupan yang dirasai oleh Syazwan.Semua ini adalah akibat penceraian ibu bapanya.Sejak itu dia tinggal bersama opahnya di kampung.
Oleh sebab terlalu manja.Syazwan sering ponteng sekolah,merokok dan suka bergaduh.Sebagai kesannya dia gagal dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR).Opahnya berasa sangat sedih.Syazwan pula tidak peduli akan keputusannya itu.
Semasa berada di sekolah menegah ,sikap Syawan mula berubah menjadi baik.Ini adalah keranaCikgu Azmer telah membimbing dan menasihatinya supaya menjadi seorang anak yang berguna kepada ibubapa.Selain itu Cikgu Azmer juga selalu membeli buku pelajaran untuk Syazwan.
Syazwan berasakan Cikgu Azmer seolah-olah bapanya sendiri.Oleh itu Syazwan ingin mengambil Cikgu Azmer sebagai bapa angkatnya.Cikgu Azmer menerima syazwan dengan tangan terbuka.
Pada setiap hujung minggu, Syazwan membawa Cikgu Azmer tahu tentang kehidupan Syazwan dan keluarganya.
Pada suatu hari,opah syazwan telah pergi bertemu dengan Ibubapa Syazwan.Opahnya menceritakan tentang cara hidup Syazwan ketika tanpa Ibu bapanya itu.
Setelah Ibu bapa Syazwan mendegar cerita itu,barulah mereka insaf kerana terlalu mengikut nafsu.Ibu bapa Syazwan datang ke sekolah untuk mengucapkan terima kasih atas budi baik Cikgu Azmer kerana sudi membimbing Syazwan.
Syazwan berasa sungguh berdebar kerana esok keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Akan diumumkan.Keesokan harinya Syazwan mengambil keputusan sekolahnya.Berkat doanya,dia mendapat 8A.Dia berasa amat gembira.
Syazwan mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Azmer.Cikgu Azmer berasa gembira kerana usaha yang diberikannya tidak sia-sia.Begitulah suci dan mulianya jasa bakti seorang insan yang bergelar guru. Terima kasih,cikgu…!
Sunday, March 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment